pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Entayang. dia sangat baik orangnya. dia mendapat ilmu merawat orang sakit(kerana zaman dulu takda dokter) daripada manang Gelanyang. pada zaman dahulu juga manang perempuan atau lelaki tidak boleh berkhawin kerana semua orang adalah dianggap sebagai anak mereka. oleh itu kalau ada panggilan belian( merawat orang sakit) mereka (manang) wajib menghadirkan diri.
satu hari, manang entayang dapat satu jemputan tetapi beliau tidak tahu gerangan itu datang darimana, setelah orang tersebut bercerita bahawa mereka mencari orang yang boleh nengubati anak raja mereka dan barangsiapa dapat menyembuhkan anak raja itu, mereka akan dikhawinkan. anak raja itu sakit di bahagian kerongkong.
dipendekkan cerita, orang yang menjemput manang Etayang tadi membawa dia ke pangkalan sungai tetapi tidak menaiki perahu. orang tersebut menyuruh manag mengantikan baju, kesemua mereka bertukar badan dan muka menjadi buaya, termasuklah manag,.. setelah itu, orang itu mengajak manang terjun ke dalam sungai .
namun setelah menyelam ke dasar sungai, manang melihat dasar air sunagi itu telah bertukar menjadi seperti satu perkampungan yang sangat cantik... (sambung) .....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan